KUALA LUMPUR – Nampaknya isu pelakon kontroversi dengan perangai peliknya, Iqram Dinzly semakin hari semakin panas.

Gara-gara tersebut ‘Cik Mat’ bagi menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam Melodi di TV3 baru-baru ini ia mengundang ‘kemarahan’ golongan agama di negara ini.

Pendakwah, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary seperti contoh menggelar Iqram sebagai ‘pelakon sampah’ kerana isu yang sama.

Menurutnya, pelakon itu perlu bertaubat kerana telah menghina Nabi Muhammad sebagai nama Cik Mat.

Malah beliau mahu Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil tindakan terhadap Iqram.

Dalam pada itu, Iqram dalam satu temubual media menafikan dia ‘menghina’ Rasulullah SAW.

Menurutnya, apabila tersebut Cik Mat daripada mulutnya dia cepat-cepat membetulkannya semula dengan menyebut Nabi Muhammad SAW.

“Guru saya apa disekeliling saya. Tok guru saya Muhammad, Cik Mat..Muhammad SAW.

“Mahaguru saya Allah SWT,” katanya semasa program Melodi seperti tersebar di media sosial.

Malah Iqram mengakui tidak ada niat menghina Nabi tetapi dalam masa yang sama mempertikaikan teguran Abu Syafiq yang disifatkan tidak mengikut lunas agama dan adab.

Menurutnya, pendakwah itu boleh sahaja menegurnya secara peribadi tanpa membuat satu kenyataan dimedia sosial yang boleh diakses oleh orang ramai.- MalaysiaGazette