KUALA LUMPUR – Laman portal, Malaysiakini diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM350,000 kepada sebuah syarikat perlombongan yang menyaman mereka berhubung laporan aktiviti melombong di Bukit Koman.

Keputusan dibuat Mahkamah Rayuan itu mengarahkan laman portal itu membayar ganti rugi kepada Raub Australian Gold Mine (RAGM).

Perintah berkenaan diputuskan tiga hakim yang bersidang dan mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini terkhilaf kerana mengenepikan tuntutan RAGM itu.

Peguam portal terbabit, James Khong dan Syahredzan Johan, cuba meminta jumlah tersebut dikurangkan kepada RM80,000 tetapi ditolak oleh mahkamah.

Pada 23 Mei 2016 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosnani Saub menolak permohonan RAGM ke atas Malaysiakini serta tiga defedan lain yang menjadi anggota sidang pengarang portal berkenaan.

Penduduk Bukit Koman mendakwa penggunaan bahan kimia mengandungi sianida bagi menggali emas di kawasan perlombongan terbabit menjejaskan kesihatan mereka. – MalaysiaGazette