Home Nasional Farid Kamil direman 4 hari

Farid Kamil direman 4 hari

Farid Kamil

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid yang dikatakan ke  Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira pukul 1.20 tengah hari untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Semasa di kaunter terbabit, pelakon itu didakwa secara tiba-tiba menampar muka anggota polis yang menerima aduan dan menendang orang awam.

Kejadian itu disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu. – MalaysiaGazette