Home Dunia Himalaya mengerikan tapi tetap mahu panjat lagi

Himalaya mengerikan tapi tetap mahu panjat lagi

Elisabeth Revol menunjukkan jari-jarinya yang masih dirawat. foto AFP

PAKISTAN – Pendaki gunung dari Perancis menceritakan terpaksa meninggalkan rakannya yang lemah dan sakit untuk menyelamatkan diri daripada ‘gunung maut’ Himalaya.

Elisabeth Revol memberitahu, tahap kesihatan pendaki Poland, Tomasz Mackiewicz semakin buruk ketika mereka turun Nanga Parbat.

Revol berjaya diselamatkan oleh pasukan pendaki elit oland dalam operasi penuh dramatik tetapi doktor kini sedang menilai sama ada dia perlu menjalani amputasi.

Para penyelamat gagal menyelamatkan Mackiewicz yang dianggap tidak mungkin dapat bertahan.

Revol mengatakan halusinasi ketinggian menyebabkan dia terpaksa membuka kasut dalam keadaan beku.

Pasangan itu mula memanjat pada 20 Januari lalu dan dalam beberapa hari sudah mencapai puncak gunung tersebut.

Tetapi tidak lama selepas mereka tiba di puncak gunung setinggi 8,120 meter (26,640 kaki), Mackiewicz mengadu dia sudah tidak dapat melihatnya.

Gambar menunjukkan tangan dan kaki Elisabeth Revol yang mengalami keradangan sejuk ketika mendaki Gunung Himalaya. foto AgensiRevol mengatakan: “Dia tidak menggunakan topeng kerana ia agak kabur pada siang hari dan pada malam hari dia mengalami keradangan mata.

Mackiewicz terpaksa berpaut pada bahunya ketika mereka menuruni gunung dalam keadaan sukar dan gelap.

Katanya, Mackiewicz kemudian mengalami masalah bernafas.

“Dia membuka alat perlindungan yang ada di hadapan mulutnya dan dia mula membeku. Hidung, tangan dan kakinya jadi putih,” katanya.

Mereka tetap bergerak dalam keadaan sukar tetapi keadaan Mackiewicz semakin merosot apabila darah mula keluar dari mulutnya – bermakna cecair semakin banyak di dalam badannya – tahap akhir penyakit ketinggian akut.

Revol berkata, dia menghantar beberapa mesej untuk bantuan dan diberitahu oleh penyelamat untuk turun ke lokasi pada ketinggian 6,000 meter.

“Saya terpaksa meninggalkan Mackiewicz di belakang. Bukan keputusan saya buat, (keputusan) itu dikenakan ke atas saya,” katanya.

Memikirkan dia perlu bergerak dengan segera, Revol meninggalkan tempat itu tanpa khemah atau selimut dan apabila penyelamat tidak muncul dia terpaksa bermalam di atas gunung.

Disebabkan berkaki ayam selama lima jam, Revol mengalami radang dingin.

Dia diterbangkan ke hospital di Islamabad dan kemudian ke Switzerland, sebelum dibawa ke sempadan Perancis.

Doktor diHaute-Savoie di timur Perancis kini sedang menilai sama ada dia perlu menjalani amputasi tangan dan kaki kirinya akibat radang dingin.

Walaupun mengalami kesukaran, Revol tidak menolak untuk memanjat lagi, dengan berkata: “Saya perlu melakukannya”. – MalaysiaGazette