Home Ekonomi Kadar faedah akan terus naik – Yellen

Kadar faedah akan terus naik – Yellen

Janet Yellen

NEW YORK – Pengerusi Rizab Persekutuan berkata, pertumbuhan baik ekonomi Amerika Syarikat, peningkatan gaji yang pantas dan kawalan pasaran buruh memberi isyarat bahawa Bank Pusat itu akan terus menaikkan kadar faedah secara berperingkat seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Ekonomi berkembang dengan baik, kukuh. Pasaran buruh teguh dan inflasi rendah.

“Rizab Persekutuan dalam laluan untuk meningkatkan kadar faedah berperingkat dan jika keadaan berterusan, proses (kenaikan) akan berterusan dan seperti yang kita harapkan kadar panjang untuk bergerak naik,” kata Yellen pada hari terakhirnya di Bank Pusat itu.

Beliau akan menyerahkan tugasnya kepada Jerome Powell yang dilantik oleh Donald Trump sebagai pemimpin Rizab Persekutuan yang baru.

Yellen akan meneruskan perkhidmatannya sebagai felo di Institut Brookings, sebuah badan pemikir. – MalaysiaGazette