KOBE – Sebuah takungan magma yang tersembunyi di bawah kawah gunung berapi berpotensi mengakhiri tamadun jika ia meletus, menurut saintis Jepun.

Para pakar dari Pusat Penerokaan Dasar Lautan Universiti Kobe (Kobec) mengesahkan sebuah kawah gergasi wujud di gugusan kepulauan Jepun.

Kawah yang berukuran 32 kilometer padu itu dikatakan kawah terbesar seumpamanya dan kewujudannya disebabkan letusan yang berlaku dalam air kira-kira 7,300 tahun lalu, menurut kajian terbaharu mereka.

Terletak antara plat Lautan Pasifik dan Laut Filipina, Jepun adalah Lokasi aktif aktiviti seismik yang menyaksikan saintis sering mengemaskini kaedah pengiraan berlakunya bencana alam itu.

Pasukan Kobec telah melakukan kajian terperinci di kawasan tersebut dan menerbitkan penemuan mereka dalam Scientific Reports.

Terletak di selatan Kyushu, kawah Kikai berpotensi kecil untuk meletus dalam tempoh 100 tahun akan datang, lapor Kobec.

Bagaimannapun, ketua saintis yang mengkaji pembentukan gunung berapi memberi amaran yang tidak menyenangkan mengenai potensi letusan kawah itu.

“Walaupun kebarangkalian letusan kawah gergasi di gugusan kepulauan Jepun adalah 1 peratus dalam tempoh 100 tahun akan datang, dalam situasi terburuk adalah dijangkakan jumlah kematian boleh meningkat sehingga 100 juta orang, kata ketua Kobec, Professor Yoshiyuki Tatsumi kepada The Mainichi.

Letusan yang kuat jarang berlaku, dengan saintis di Balai Cerap Gunung Berapi Yellowstone, Michael Poland memberitahu RT.com bahawa kemungkinan kepupusan tamadun akibat letusan adalah ‘terlalu kecil’.

Bagaimanapun, para saintis yang mengkaji kawah Kikai percaya terdapat takungan magma gergasi tersembunyi di bawah lapisan kawah tersebut dan letusan boleh mambawa kepada jumlah kematian yang besar.

“Satu letusan akan menyaksikan 40 kilometer padu magma dilepaskan, mengakibatkan kemusnahan yang besar,” menurut kenyataan Kobec.

“Terdapat mekanisme di belakangnya dan bagaimana untuk membuat jangkaan insiden ini merupakan persoalan yang perlu dijawab segera,”.

Sepasukan saintis yang dilengkapi robot dasar laut merancang untuk kembali semula ke kawah itu pada Mac ini bagi menentukan sama ada ia mengeluarkan magma. – Agensi