Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Permintaan terhadap Ringgit Malaysia (RM) dijangka akan meningkat dengan jumlah dagangan di antara 3.88 hingga 3.92 berbanding dolar US.

Ia dikatakan oleh seorang ahli perniagaan dipetik sebagai berkata, berpunca daripada krisis politik di Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan keputusan Presiden Donald Trump untuk menggantikan Penasihat Keselamatan Negara HR McMaster dan memecat Setiausaha Negara Rex Tillerson yang bakal menjejaskan mata wang negara itu.

“Ini akan membantu meningkatkan sentimen ke atas mata wang lain, terutama mata wang negara pengeluar komoditi dan pesat membangun.

“Bagaimanapun, kebimbangan mengenai kemungkinan perang perdagangan mungkin mengurangkan minat di seluruh dunia,” katanya kepada Bernama.

Awal minggu ini, Trump mengumumkan AS akan mengenakan tarif sehingga AS$60 bilion ke atas import dari China, khususnya menyasarkan sektor teknologi dan telekomunikasi.

Rumah Putih berkata langkah itu bertujuan menekan China supaya mengurangkan lebihan dagangan dengan AS sebanyak AS$100 bilion.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast