WASHINGTON – Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah dan yakin kenaikan inflasi baru-baru ini menghampiri sasarannya akan kekal.

Berikutan itu, Rizab Persekutuan berada pada landasan sebenar untuk meningkatkan kadar kos pinjaman menjelang Jun ini.

Dengan keputusan itu, penanda aras kadar pinjaman semalaman antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus.

Peningkatan prospek inflasi Rizab Persekutuan mencerminkan satu kejayaan selepas hampir enam tahun keuntungan harga jatuh dari 2 peratus, walaupun aspek utama ekonomi menyaksikan pemulihan berbanding zaman kemelesetan 2007-2009. – MalaysiaGazette