PYONGYANG – Korea Utara telah mengubah zon masa negara itu untuk sama dengan Korea Selatan, menurut agensi medianya.
Pertukaran masa itu dilakukan pada pukul 11.30 malam pada hari Jumaat yang diubah kepada 12 tengah malam.
KCNA melaporkan perubahan itu merupakan langkah praktikal untuk menyegerakan penyatuan Korea.
Ia juga merupakan satu simbolik selepas pemimpin Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan pertemuan di zon penampan tentera minggu lalu. – MalaysiaGazette
















