Pegawai Pengurus SPR Parlimen Lembah Pantai, Ab Salim Mansor bercakap ketika ditemubual sempena persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2018
Pegawai Pengurus SPR Parlimen Lembah Pantai, Ab Salim Mansor bercakap ketika ditemubual sempena persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Hanya tinggal sehari sahaja lagi rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpi menerusi proses demokrasi iaitu mengundi.

Tinjauan MalaysiaGazette terhadap persiapan terakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) Parlimen Lembah Pantai di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Lembah Pantai AB Salim Mansor berkata, pihaknya mengerahkan petugas-petugasnyaa untuk mempersiapkan kelengkapan-kelengkapan yang perlu dibawa ke 18 tempat pengundian yang melibatkan 117 saluran seawal 7 pagi.

“Kita di sini mengulang semula panduan-panduan kepada ketua-ketua tempat mengundi dan kerani undi tentang peranan mereka masing-masing.

“Kita kena ingatkan kepada mereka tidak boleh membuat apa-apa kesilapan esok. Yang dibawa keluar ke semua saluran adalah semua peralatan yang perlu kepada semua setiap saluran mengundi di mana ada poster tunjuk arah, pensil peralatan yang diperlukan sewaktu mengundi,” kata

Namun katanya kertas undi, dakwat dan peti undi tidak dibenarkan untuk dibawa ke semua lokasi pengundian sehingga esok.

Justeru tambah Salim, petugas-petugas bakal memulakan tugas mereka pada Rabu 9 Mei seawal 4 pagi.

“Tetapi ada perkara yang mereka tidak boleh bawa keluar pada hari ini macam kertas undi, peti undi, dakwat tidak dibenarkan,” tambahnya.

Parlimen Lembah Pantai mempunyai 80,436 pengundi, daripada jumlah keseluruhan itu 10,250 pengundi awal dan pengundi pos seramai 35 orang.

Kaum Melayu merangkumi 63 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di kawasan tersebut diikuti Cina (19 peratus), India (16 peratus) dan lain-lain (2 peratus).

Kawasan itu ditandingi Datuk Seri Raja Nong Chik Najmuddin Zainal Abidin (BN), Fahmi Fadzil (PKR) dan Fauzi Abu Bakar (Pas). -MalaysiaGazette