Parti Solidariti Tanah Airku (Star) bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah selepas mempunyai 31 ADUN.
Parti Solidariti Tanah Airku (Star) bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah selepas mempunyai 31 ADUN.

KUALA LUMPUR – Status mengenai kerajaan negeri Sabah masih belum selesai apabila Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan berkata, parti itu masih menyokong Barisan Nasional (BN).

Menurut Jeffrey yang dipetik berkata, beliau dan 4 lagi ADUN dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) masih memberi sokongan kepada Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman.

“Kami memenangi kerusi kami atas tiket BN dan akan kekal bersama parti ini,” kata sebagaimana dipetik.

Antara yang hadir dalam sidang media berkenaan adalah Jeffrey dan abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kenyataan itu sekaligus menidakkan dakwaan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal memaklumkan partinya telah berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Lima adun Upko itu – Datuk Masiung Banah, Datuk Abidin Madingkir, Ewon Benedick, Datuk Bobby Suan dan Datuk Limus Jury turut mengingkari arahan pemangku presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau untuk meninggalkan BN.

Lima adun itu sedang menemui Musa di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya. -MalaysiaGazette