1MDB

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara tidak menerima Akaun Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 semasa melakukan pengauditan syarikat itu.

Malah tidak ada capaian dapat dibuat terhadap komputer, notebooks atau servers di 1MDB bagi mendapatkan data serta maklumat untuk tujuan rujuk silang dan analisa semasa pengauditan dibuat.

Semakan Jabatan Akauntan Negara dijalankan terhadap penyata kewangan Kumpulan 1MDB yang diaudit bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 belum disediakan oleh 1MDB untuk diaudit.

“Jabatan Audit Negara menghadapi limitasi semasa menjalankan pengauditan, di mana sebahagian daripada dokumen asal dan penting lewat diserahkan atau tidak diserahkan oleh 1MDB bagi tujuan pengesahan transaksi dan sebagai bukti audit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast