Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kedudukan aset pelaburan antarabangsa Malaysia merekodkan RM1.67 bilion pada akhir Mac 2018.

Penyumbang terbesar bagi jumlah aset adalah pelaburan langsung 36.3 peratus dan pelaburan portfolio 20.0 peratus.

Sementara itu, jumlah liabiliti mencatatkan RM1.74 bilion berbanding RM1.71 bilion pada suku keempat tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan.

Pada akhir suku pertama 2018, kedudukan pelaburan langsung di luar negeri (DIA) merekodkan RM509.1 bilion (S4 2017: RM525.2 bilion) dan kedudukan pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia meningkat kepada RM587.7 bilion (S4 2017: RM570.3 bilion).

Pelaburan portfolio menunjukkan kedudukan liabiliti bersih RM332.3 bilion (S4 2017: RM328.0 bilion).

Sementara itu, kedudukan pelaburan lain merekodkan kedudukan liabiliti bersih RM79.5 bilion.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada akhir Mac 2018 berada pada RM416.3 bilion (S4 2017: RM414.6 bilion). – MalaysiaGazette