Thursday, August 20, 2026
Home Ekonomi FGV sokong pendirian beri kebebasan kepada GLC

FGV sokong pendirian beri kebebasan kepada GLC

Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) hari ini menyatakan sokongan terhadap pentadbiran kerajaan baharu yang memberi kebebasan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa campur tangan politik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad berkata, jaminan itu dinyatakan sendiri oleh Majlis Penasihat Kerajaan (Majlis Penasihat) dalam satu pertemuan dengan kumpulan itu dan beberapa pihak lain di sini hari ini.

“Kita telah diberi jaminan (oleh Majlis Penasihat) bahawa tiada lagi campur tangan pihak politik selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Majlis Penasihat itu berhubung operasi dan pentadbiran kumpulan itu.  – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast