gambar
Gambar hiasan

SEOUL- Kerajaan Korea Selatan enggan mengeluarkan visa imigresen perkahwinan (F-6) kepada seorang lelaki British yang mengahwini pasangannya, seorang lelaki Korea di Britain tiga tahun lepas.

Kementerian Keadilan berkata, ia telah menolak permohonan Simon Williams-Im bagi mendapatkan visa berkenaan kerana undang-undang Korea tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

“Sama ada rakyat atau masyarakat menerima, perkahwinan sejenis memerlukan pertimbangan yang teliti dan komprehensif dari pelbagai faktor seperti interpretasi nilai perlembagaan di dalam definisi perkahwinan dan perkara ini memerlukan konsensus nasional,” kata kementerian tersebut sebagai maklum balas terhadap permohononan Williams-Im kepada Presiden Moon Jae-in.

Perkahwinan sesame jenis masih tidak diiktiraf perlembagaan di negara tersebut walaupun beberapa ahli parlimen telah mencadangkan supaya satu draf undang-undang dibentangkan bagi membenarkan perkahwinan tersebut beberapa tahun lalu.- MalaysiaGazette