KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) membenarkan penumpang yang menempah penerbangan dari Kuala Lumpur dan Kansai mulai hari ini hingga 30 Jun ini menangguhkan perjalanan mereka.

Ia susulan gempa bumi di Osaka, Jepun.

Dalam kenyataan di sini, Malaysia Airlines berkata, penumpang yang berlepas dari 19 hingga 30 Jun 2018 boleh menangguhkan perjalanan mereka sebelum 15 Julai 2018.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kekosongan tempat.

Tambahnya, Malaysia Airlines akan memantau keadaan dan akan mengikut arahan pihak berkuasa.

Buat masa ini penerbangan ke dan dari Kansai beroperasi seperti yang dijadualkan,” menurut syarikat penerbangan itu lagi. – MalaysiaGazette