Pasukan perubatan juga dipanggil untuk memeriksa keadaan Diego Maradona.
Pasukan perubatan juga dipanggil untuk memeriksa keadaan Diego Maradona.

MOSCOW – Diego Maradona mencetuskan suasana kelam-kabut apabila dia nyaris pengsan ketika meraikan kejayaan Argentina mara ke peringkat kalah mati selepas menang tipis ke atas Nigeria, awal pagi tadi.

Legenda bola sepak Argentina itu terpaksa dipapah pengawal peribadinya selepas sebelum itu hampir terjatuh di ruang VIP dekat Stadium St Petersburg.

Pasukan perubatan juga dipanggil untuk memeriksa keadaannya.

Kejadian itu berlaku apabila Maradona, 57, meraikan gol jaringan Marcos Rojo pada minit ke-86.

Sebelum insiden itu, Maradona dilihat asyik menari bersama kumpulan penyokong di ruang khas VIP.

Malah, dia meraikan gol Lionel Messi pada separuh masa pertama dengan gaya pelik.

Argentina akan bertemu Perancis pada pusingan kalah mati selepas muncul naib juara kumpulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast