PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan telah mencadangkan beberapa nama bagi jawatan Pengerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Abdullah Ahmad baru-baru ini telah mengemukakan nama-nama itu kepada Perdana Menteri.

Jelasnya, terpulanglah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memilih calon yang mengisi jawatan berkenaan.

Siapa pun individu yang dilantik, kata beliau, gaji yang diperoleh tidak besar seperti yang dinikmati oleh Pengerusi Mavcom sebelum ini.

“Perkara itu saya maklumkan kemudian,” katanya selepas melepaskan konvoi ke Bangkok di sini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Abdullah akan meletakkan jawatan selepas dua tahun menerajui suruhanjaya tersebut.

Loke juga mendedahkan Abdullah mendapat gaji sebanyak RM85,000 sebulan yang mana empat kali ganda lebih besar dari gaji Perdana Menteri. – MalaysiaGazette