Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.25 peratus selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat hari ini.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, pada paras OPR semasa ia masih menyokong dasar monetari dengan mengambil kira kedudukan monetari dan kewangan.

MPC bagaimanapun akan terus memantau dan menilai risiko tinjauan masa hadapan terhadap pertumbuhan serta inflasi dalam negara, katanya.- MalaysiaGazette