Gambar hiasan
LAWAS – Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang disambar buaya semalam semasa mengambil air di tebing sungai di Kampung Baru Seberang Mission ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira 6.40 pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lawas dalam kenyataan hari ini berkata, mayat Efendi Panil, 45, dijumpai tersangkut di ranting kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.

“Anggota badan mangsa masih dalam keadaan sempurna cuma terdapat kesan calar di muka dan bahu sebelah kanan,” katanya.

Menurutnya, mayat lelak itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsat tiba-tiba disambar dan ditarik ke dalam sungai oleh seekor buaya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast