Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

WASHINGTON – Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan kadar faedah tetapi pertumbuhan ekonomi yang kukuh digabungkan dengan peningkatan inflasi dijangka terus berada di landasan untuk dua kenaikan tahun ini.

Setakat tahun ini, Bank Pusat Amerika Syarikat telah meningkatkan kos pinjaman pada bulan Mac dan Jun.

Sebanyak tujuh kali kenaikan kadar faedah telah dilakukan sejak Disember 2015.

Para pelabur pula melihat langkah tambahan pada bulan September dan Disember.

Rizab Persekutuan dijangka membuat penguman pada pukul 2 petang EDT (1800 GMT) pada hari Rabu.

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar yang paling pantas dalam tempoh hampir empat tahun pada suku kedua apabila pengguna meningkatkan perbelanjaan dan petani meningkatkan penghantaran kacang soya ke China untuk mengelakkan tarif perdagangan, menurut data Jabatan Perdagangan. – MalaysiaGazette