Jed Steer menyertai Charlton Athletic secara pinjaman.

LONDON – Pengurus Aston Villa, Steve Bruce akhirnya melepaskan penjaga gol, Jed Steer untuk menyertai Charlton Athletic secara pinjaman, lapor BBC Sport.

Steer memulakan musim Liga Kejuaraan sebagai pemain No. 1 Aston Villa.

Pada perlawanan Isnin lalu, dia beraksi cemerlang bagi membantu kemenangan 3-1 ke atas Hull City.

Sementara itu  Bruce berkata, Jed telah dipinjamkan dan pasukan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

“Dia berdepan rasa kecewa dengan kecederaan yang dialami berterusan.

“Selepas pulih kecederaan achilles, tahun lalu pula bahunya terkehel,” katanya.

Bekas pemain England B16, B17 dan B19 itu telah menghabiskan beberapa musim secara pinjaman sejak menyertai kelab dari Norwich pada 2013. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast