David Beckham. foto Agensi

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) akan memberi pengiktirafan kepada bekas bapten England, David Beckham menerusi Anugerah Presiden UEFA di atas sumbangannya terhadap bola sepak dan mempromosikan sukan itu.

Beckham pernah beraksi bersama Manchester United, La Galaxy, Real Madrid, AC Milan dan Paris St Germain.

UEFA dalam kenyataan berkata, usaha kemanusiaan suami kepada bekas penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham wajar mendapat pujian.

Badan bola sepak dunia itu berkata, pemilihan Beckham adalah bagi mengiktiraf karier dan usaha misi kemanusiaannya.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menyifatkan Beckham sebagai ikon bola sepak sebenar semasa generasinya.

Antara legenda bola sepak yang pernah menerima anugerah itu termasuk Johan Cruyff, Bobby Charlton, Franz Beckenbauer, Bobby Robson dan Paolo Maldini.

Beckham, 43, melakukan 115 penampilan untuk England.

Bapa kepada empat anak itu akan menerima anugerah tersebut di Monaco akhir tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast