PHOENIX – Pihak berkuasa menemui terowong rahsia yang digunakan untuk penyeludupan dadah antara Mexico dan Arizona minggu lepas.
Terowong itu sedalam 22 kaki dan sepanjang 590 kaki, menurut Jabatan Keselamatan Negara dan Pengawal Sempadan Yuma.
Terowong itu adalah dari sebuah rumah di San Luis Rio Colorado, Sonora, Mexico, ke bekas restoran lama Kentucky Fried Chicken di San Luis, Arizona.
Penyiasat berkata, terowong itu ditemui selepas Jabatan Polis San Luis menahan Ivan Lopez pada 13 Ogos.
Malah, polis turut merampas sejumlah besar dadah dalam traknya.
“Dia mempunyai lebih daripada 118 kilogram methamphetamine, lebih daripada enam kilogram kokain, lebih tiga kilogram fentanyl, lebih 13 kilogram heroin putih dan lebih daripada enam kilogram heroin coklat.
“Hanya tiga kilogram fentanyl diterjemahkan kepada lebih daripada 3 juta unit dos,” kata Scott Brown, seorang agen Penyelidikan Keselamatan Dalam Negeri.
Scott berkata, Lopez, yang merupakan bekas pemilik restoran KFC, telah membuang kotak peralatan dari KFC lama pada hari beliau ditahan.
Pihak berkuasa kemudian menjejaki bangunan KFC berkenaan dan menemui terowong rahsia itu.
Pintu terowong di restoran terbengkalai hanya diameter 8 inci.
Pihak berkuasa percaya penyeludup menggunakan tali untuk menarik dadah dari terowong.
Siasatan masih dilakukan. – MalaysiaGazette