KUALA LUMPUR – Isteri kepada Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datin Seri Joan Maluda meninggal dunia hari ini selepas lama menghidap penyakit.
Beliau berusia 63 tahun.
Joan menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman pasangan itu di Kampung Kolopis, Penampang pada 2.15 petang ketika ahli keluarga berada di sisinya.
Dalam kenyataan malam tadi, Ongkili berkata, orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir pada satu upacara di Gereja SIB di Likas pada 9 September 1.00 petang.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan takziah. Mendiang ialah seorang isteri dan ibu yang penyayang. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang amat dirasai,” kata Ongkili.
Pasangan itu mempunyai 2 orang anak iaitu anak perempuan Rachel Jane, dan anak lelaki, Jordan. – MalaysiaGazette