Antara peserta memegang plakad ketika Himpunan Anti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di hadapan Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak mempunyai permit penganjuran di hadapan pusat membeli belah Kompleks Pertama di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, penganjuran Himpunan bantah SST itu akan disiasat polis kerana berhimpun tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa polis.

“Tiada pemakluman kepada OCPD Dang Wangi (anjur himpunan bantah SST). Pihak bertanggungjawab yang menganjurkan himpunan yang tidak mendapat kebenaran itu akan disiasat dibawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana gagal memberi notis berhimpun,” katanya dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

MGF17092018_HIMPUNAN ANTI SST_07
Antara peserta memegang plakad ketika Himpunan Anti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di hadapan Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 SEPTEMBER 2018

Himpunan bermula 12 tengahari itu disertai kira-kira 50 peserta dari pelbagai NGO antaranya Pemantaua Malaysia Baharu, Gerakan Suara Rakyat yang dibimbing oleh Datuk Lokman Nor Adam.

Mereka mendukung Plakad yang tertera tulisan “bantah SST, lawan tetap lawan, bangkit rakyat, undur PH”.

Himpunan itu berlangsung selama lebih sejam sebelum bersurai setelah hujan lebat melanda ibu negara.- MalaysiaGazette