KABUL – Kemarau yang dahsyat di Afghanistan menyebabkan krisis kemanusiaan yang lebih sukar pada tahun ini berbanding peperangan antara kerajaan dan Taliban.
Shadi Mohammed, 70, mengalir dengan air mata ketika berjalan melalui perkhemahan sementara di pinggir kota barat Herat, di mana dia tinggal bersama keluarganya.
“Kami haus dan lapar, kami mengambil apa sahaja yang kami dapat tetapi kehilangan sebahagian besarnya habis dalam perjalanan, kami tidak mempunyai apa-apa, kami lapan orang tinggal di khemah kecil ini,” katanya.
Lelaki itu berkata, isteri dan abangnya meninggal dunia dan separuh daripada anak-anak mereka berada dalam khemah itu.
Mohammed adalah satu daripada 260,000 orang yang telah meninggalkan kediaman mereka di utara dan barat Afghanistan disebabkan kemarau.
Kemarau itu menambah kesengsaraan penduduk di negara itu, yang mana tahap keganasan semakin meningkat sejak 2014 apabila pasukan antarabangsa secara formal menamatkan misi mereka.
Taliban kini dilaporkan mengawal lebih banyak wilayah di Afghanistan daripada pada bila-bila masa sejak serangan Amerika Syarikat yang mengusir mereka pada tahun 2001.
Tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan kemarau tahun ini telah menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal berbanding konflik antara Taliban dan kerajaan.
Qadir Assemy dari Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWFP) membantu menyelaraskan usaha bantuan di Herat berkata, tahun ini menyaksikan penduduk secara besar-besaran meninggalkan kediaman mereka.
“Ia sangat mencabar kerana skala bencana itu,” katanya.
PBB memperuntukkan AS$34.6 juta untuk membantu 2.2 juta orang yang dianggarkan telah terjejas oleh kemarau itu.
Pada masa ini, UNWFP mengagihkan wang untuk orang ramai untuk membeli makanan. – MalaysiaGazette