Mew Forever kini muncul dengan sembilan haruman badan baharu dan semburan wajah

KUALA LUMPUR – Jenama semburan badan, Mew Forever memperkenalkan sembilan lagi haruman baharu dalam usaha memenuhi pilihan pengguna.

Pengasasnya, Nor Suhana Abd Rahman berkata, koleksi yang berada di pasaran sejak Ogos lalu mendapat sambutan yang mengalakkan kerana telah terjual melebihi 3,500 unit.

Beliau menyasarkan sebanyak 5,000 unit dapat dijual setiap bulan pada tahun 2019.

“Kami telah menjalankan kajian dan penyelidikan selama dua bulan sebulan bagi mendapat pati haruman yang memenuhi citarasa pengguna.

“Dan akhirnya muncul muncul tiga haruman untuk lelaki berinspirasikan maskulin dan enam haruman untuk wanita pula adalah cetusan bauan buah-buahan bagi memberi mood kesegaran sepanjang hari buat si pemakai,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

MGF27102018_MFBODYMIST_27
Koleksi terbaharu Mew Forever berjaya dijual sebanyak 3,500 unit sejak berada di pasaran Ogos lalu.

Mew Forever yang dikeluarkan Nazirasue Reski Enterprise sebelum ini hanya memiliki dua koleksi haruman buah epal dan strawberi sejak Ogos tahun lalu.

Nor Suhana memberitahu koleksi baharu itu hadir dalam saiz 50 mililiter (ml) pada harga RM28 dan 100 ml berharga RM38.

Beliau berkata, dengan harga yang dianggap berpatutan, pihaknya yakin ramai peminat minyak akan beralih ke produk semburan badan selepas ini.

“Mungkin ramai pengguna yang tidak mengetahui kesan minyak tidak elok kerana boleh menipiskan kulit badan.

“Namun semburan badan adalah air tapisan minyak dan pada masa sama dapat membantu mengelakkan penyakit seperti kanser.

MGF27102018_MFBODYMIST_24
Nor Suhana mengambil masa dua bulan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan haruman baharu.

“Malah pemakaian selepas mandi seluruh badan mampu bertahan selama lapan jam dan juga boleh disembur di bahagian ketiak serta dijadikan pewangi ruang bilik dan di dalam kereta,” katanya.

Nor Suhana berkata, ketika ini pihaknya memiliki seramai 43 stokis dan lebih 300 ejen di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Dalam usaha mengembangkan platform jualan lagi, beliau juga merancang untuk memasarkan produknya di Shopee pada masa akan datang.

“Saya yakin jenama Mew Forever akan menjadi pilihan utama terutama golongan wanita kerana harumannya memenuhi standard antarabangsa.

“Bagi yang tidak mampu namun peminat minyak wangi, inilah produk yang mereka cari untuk tetap tampil penuh yakin di khalayak ramai,” katanya yang turut merancang membuka kiosk dan butik sendiri pada masa akan datang.

MGF27102018_MFBODYMIST_32
Mew Forever sedang berunding dengan Matrade dalam usaha menembusi pasaran Vietnam pada tahun depan.

Sementara itu, Nor Suhana berkata, pihaknya turut mengeluarkan semburan muka sebagai pelengkap kepada para penggunanya.

Jelasnya, semburan itu yang mengandungi vitamin A dan C dapat membantu wajah segar dan berkilau serta memutihkan kulit.

“Semburan ini memiliki bau tembikai susu dan bahan lain seperti mineral, kolagen dan pudina untuk berfungsi melembabkan kulit wajah dan menjadikan solekan mampu bertahan lebih lama.

“Buat permulaan, kami mengeluarkan sebanyak 2,000 unit dan yang lebih penting ia adalah mesra solat,” katanya.

Sementara itu, mereka yang ingin membeli produk Mew Forever atau menjadi ejen boleh menghubungi nombor talian 012-2467677

Maklumat lanjut tentang produk ini juga boleh didapati di laman sosial Facebook dan Instagram Mew Forever. – MalaysiaGazette

MGF27102018_MFBODYMIST_22
Nor Suhana Abd Rahman bersama rakan bisnesnya yang juga pelawak terkenal, Saiful Apek.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast