Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berucap pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Tindakan mengejut kerajaan Pakatan Harapan mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menjadi persoalan dan pertikaian.

Kata Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, sikap terburu-buru kerajaan persekutuan semenjak memerintah selepas pilihan raya yang lalu menghairankan, walaupun isu ini bukan suatu yang baharu.

“Yang pertamanya himpunan ini adalah himpunam permulaan kita akan teruskan lagi, dengan program-program lain untuk menyedarkan rakyat agar tahu isu ini.

MGF04112018_HIMPUNAN RAKYAT07
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berucap pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018.

“Sebenarnya sebagaimana kita maklum isu ini telah lama tetapi kita lihat kerajaan Pakatan Harapan hari ini tiba-tiba mahu mengesahkan ICERD, dan dalam tidak ada hujan dan ribut, sedangkan keutamaan yang patut diberikan dalam negara kita ialah isu kos sara hidup yang tinggi yang dijanjikan kerajaan PH tetapi tiba-tiba tidak ditunaikan walaupun iannya termasuk dalam manifesto PH tiba-tiba mahu tunaikan.

“Pemimpin Pakatan Harapan jangan jadi barua ICERD,” katanya ketika hadir di Himpunan Bantahan ICERD hari ini.

MGF04112018_HIMPUNAN RAKYAT19
Seorang penyokong memegang poster ’tolak ICERD’ pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018

Dalam keadaan negara aman sentosa ini tambahnya, ratifikasi ICERD tidak diperlukan sebaliknya isu-isu melibatkan rakyat yang perlu diselesaikan.

“ICERD dalam keadaan yang tidak ada apa-apa. Rakyat hidup dalam keadaan harmoni, aman, sejahtera sedangkan kos sara hidup tinggi tak diberi keutamanan dan khianati janji manifesto,” ujarnya.

Pemuda Pas hari ini menganjurkan Himpunan Bantah ICERD yang turut dihadiri oleh ahli dan pemimpin UMNO termasuklab Ketua Pemuda parti itu Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast