TERKINI: “Ambrin Buang Akan Beri Kenyataan kepada PAC Esok” – Pengerusi PAC

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan memberi kenyataan beliau berhubung dakwaan terdapat pindaan laporan berhubung skandal penyelewe­ngan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya telah memanggil beliau untuk memberi keterangan di hadapan ahli PAC yang lain pada jam 11 pagi esok.

Kata Ronald, pada 5 Disember pula pihaknya akan memanggil Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad sebagai saksi dan selepas itu beberapa lagi saksi yang sudah dikenalpasti berhubung kes ini.