Keadaan kawasan perumahan yang musnah selepas sebuah empangan runtuh. foto CNBC

BRASILIA – Mahkamah Brazil menyekat lagi aset Vale SA yang berjumlah 5 bilion reais (AS$1.33 bilion) susulan kejadian runtuhan empangan yang terletak di sebelah lombong bijih besi di Minas Gerasis minggu lalu.

Vale adalah syarikat lombong terbesar di negara ini.

Sekatan itu bagi membolehkan bayaran kerosakan dibuat selepas runtuhan empangan berlaku.

Tragedi itu menyebabkan ramai orang maut.

Buat masa ini, mahkamah telah menyekat sejumlah 11 bilion reais akaun Vale bagi ganti rugi empangan yang pecah di bandar Brumadinho di Minas Gerais, yang melepaskan lumpur.

Setakat ini, jumlah kematian yang disahkan adalah sekurang-kurangnya 37, dengan kira-kira 250 orang masih hilang. – MalaysiaGazette