Antara cabaran Pilihanraya Presiden Indonesia yang bakal berlangsung April ini adalah ancaman serangan siber.

JAKARTA- Isu sekuriti semasa pilihanraya presiden Indonesia 2019 (Pilpres 2019) kali ini berlegar sekitar undi rosak yang dijangka dilakukan melalui serangan siber.

“Insiden-insiden sebegini menunjukkan berlakunya manipulasi data,” kata Pengurus Kaspersky Lab untuk Asia Tenggara, Dony Koesmandarin ketika pertemuan dengan wartawan baru-baru ini.

Serangan siber semasa Pilpres 2019 dijangka dilakukan sama ada secara fizikal ataupun teknikal namun hasilnya akan menyebabkan kerosakan data.

Ancaman tersebut akan menyebabkan aktiviti berkaitan kutipan data seperti “pengiraan cepat” terjejas teruk.

Menurut Dony, serangan-serangan sebegitu biasanya akan menyebabkan data tidak sah atau tidak boleh diakses.

Ia juga mungkin akan menyebabkan pelayan (server) di semua laman web rasmi yang dimiliki Suruhanjaya Pilihanraya Umum (KPU), institusi-institusi pengiraan cepat dan sesiapa sahaja yang memiliki data-data penting tidak boleh beroperasi.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran serangan siber,” kata Dony.- Agensi