KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan pembetulan teknikal, kata peniaga.
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,688.28, naik 1.76 mata daripada 1,686.52 penutup Jumaat.
Indeks itu dibuka 2.18 mata lebih kukuh pada 1,688.7.
Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 166 berbanding 72 dengan 183 kaunter tidak berubah manakala 1,432 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Sejumlah 231.38 juta saham bertukar tangan bernilai RM69.64 juta. – MalaysiaGazette