Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUCHING – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt. Mustafa Kamal Gani mengesahkan penangkapan seorang suspek kes tipu pekerjaan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini.

Beliau berkata, JSJK IPK Sarawak telah menangkap seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini di sini pada pukul 3.00 petang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan sekiranya siasatan terhadap suspek tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuching esok untuk permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehingga kini, 23 orang iaitu 18 lelaki dan lima wanita telah tampil membuat laporan polis berhubung kes ini. – MalaysiaGazette