KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada bulan Januari 2019 meningkat sebanyak 3.2 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Peningkatan pada bulan Januari 2019 disokong oleh pertumbuhan dalam indeks elektrik (7.8%) dan indeks pembuatan (4.2%).

Manakala indeks perlombongan mencatatkan penyusutan sebanyak 0.9 peratus. IPP pada bulan Disember 2018 kekal pada 3.4 peratus tahun ke tahun, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Indeks sektor pembuatan meningkat sebanyak 4.2 peratus pada bulan Januari 2019 berasaskan tahun ke tahun selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus pada Disember 2018.

Subsektor utama yang menyumbang kepada peningkatan pada bulan Januari 2019 adalah Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (4.3%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (4.0%) dan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (3.9%).

Indeks sektor perlombongan merekodkan penyusutan sebanyak 0.9 peratus pada bulan Januari 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Penyusutan ini disebabkan oleh penurunan dalam indeks Minyak Mentah (-2.2%), manakala indeks gas asli meningkat sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun.

Indeks sektor elektrik meningkat sebanyak 7.8 peratus pada bulan Januari 2019 berbanding bulan Januari 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast