KUALA LUMPUR –
Bursa Malaysia menjejaki kekurangan momentum minggu lalu untuk dibuka lebih rendah hari ini, di tengah-tengah persekitaran luar yang lemah.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.64 mata kepada 1,651.02 daripada 1,666.66 penutup Jumaat.
Indeks itu dibuka 14.52 mata lebih rendah pada 1,652.14.
Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 316 berbanding 43 dengan 145 kaunter kekal tidak berubah manakala 1,406 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 176.36 juta saham bernilai RM75.12 juta. – MalaysiaGazette