Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini berikutan prospek ekonomi luaran yang positif selepas turun naik antara positif dan negatif pada hari ini.

Indeks petunjuk pasaran ditutup tinggi 0.79 mata kepada 1,649.94 daripada 1,649.15 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka kepada 1,647.82, susut 1.33 mata, dan bergerak antara 1,648.06 dan 1,654.26 sepanjang hari.

Bagaimanapun, di papan skor, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 373 berbanding 367, manakala 450 kaunter kekal tidak berubah, 720 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.47 bilion unit bernilai RM1.76 bilion berbanding 2.78 bilion unit bernilai RM1.73 bilion pada Isnin.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Jeffrey Halley, berkata Asia dilihat lega pada pagi ini berikutan saham Eropah dan Amerika Utara yang stabil pada sesi semalaman.

Beliau berkata, pasaran Asia boleh mendapat semula sebahagian daripada penurunan semalam pada hari ini selepas sesi di Wall Street yang tenang.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan PChem, masing-masing meningkat dua sen kepada RM9.25 dan RM9.05.

CIMB dan Tenaga, masing-masing tidak berubah pada RM5.12 dan RM12.76, manakala PBBank merosot dua sen kepada RM23.74.

Daripada saham aktif, Bumi Armada dan Sapura Energy, masing-masing berkurangan satu sen kepada 18.5 sen dan 33.5 sen, manakala Dynaciate (sebelum ini Tatt Giap) tidak berubah pada sembilan sen.

MyEG naik tujuh sen kepada RM1.40 sen dan Naim Holdings meningkat 14 sen kepada RM1.17.

Indeks FBM Emas menambah 11.84 mata kepada 11,575.35, FBMT 100 menokok 11.66 mata kepada 11,431.79 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 19.65 mata kepada 11,670.73.

Indeks FBM Ace meningkat 35.92 mata kepada 4,779.21 dan FBM 70 menambah 39.43 mata kepada 14,164.3.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 14.01 mata kepada 17,008.79, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.28 mata kepada 167.88 dan Indeks Perladangan menokok 13.31 mata kepada 7,199.65.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.88 bilion saham bernilai RM1.63 bilion daripada 1.93 bilion saham bernilai RM1.56 bilion semalam.

Waran merosot kepada 363.7 juta unit bernilai RM81.14 juta berbanding 477.37 juta unit bernilai RM98.85 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 226.02 juta saham bernilai RM54.6 juta daripada 379.88 juta saham bernilai RM71.33 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 162.42 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (333.63 juta), pembinaan (131.55 juta), teknologi (140.98 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.5 juta), hartanah (101.3 juta), perladangan (13.85 juta), REIT (22.95 juta), dana tertutup (25,400), tenaga (818.29 juta), penjagaan kesihatan (23.05 juta), telekomunikasi dan media (38.73 juta), pengangkutan dan logistik (23.85 juta), dan utiliti (19.36 juta). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast