KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.08 peratus meskipun pelaburan dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) dilaporkan dijangka meningkat pada 2019.
Industri itu menjana 11,180 peluang pekerjaan pada 2018.
“Syarikat multinasional utama dan syarikat milik Malaysia akan berterusan menyumbang kepada pertumbuhan industri yang stabil di Malaysia,” menurut MIDA.
Indeks penanda aras ditutup 1.4 mata lebih rendah kepada 1,641.33 berbanding 1,642.73 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka pada paras 1,642.9, menokok 0.17 mata dan berlegar dalam lingkungan 1,638.69 dan 1,645.21 sepanjang dagangan hari ini.
Di papan skor, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 447 berbanding 338, manakala 380 kaunter kekal tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan 86 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 1.93 bilion unit bernilai RM1.66 bilion berbanding 2.06 bilion unit bernilai RM1.71 bilion pada Rabu.
Daripada saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.26 dan Tenaga susut enam sen kepada RM12.52.
PChem naik 10 sen kepada RM9.15, CIMB menokok empat sen kepada RM5.11 dan PBBank merosot 12 sen kepada RM23.28.
Daripada saham aktif, Sapura Energy menambah setengah sen kepada 33.5 sen, My E.G Services dan V.S Industy, masing-masing menokok lima sen kepada RM1.07.
Destini Bhd dan Berjaya Corporation masing-masing tidak berubah pada 30 sen dan 27 sen.
Indeks FBM Emas berkurangan 1.09 mata kepada 11,530.37, Indeks FBM Emas Syariah turun enam mata kepada 11,650.46, namun FBMT 100 menokok 0.43 mata kepada 11,385.97.
Indeks FBM Ace menyusut 22.66 mata kepada 4,795.92, dan FBM 70 meningkat 41.8 mata kepada 14,164.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.58 mata kepada 168.77, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 1.00 mata kepada 16,937.71 dan Indeks Perladangan berkurangan 48.3 mata kepada 7,169.5.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.2 bilion saham bernilai RM1.5 bilion berbanding 1.4 bilion saham bernilai RM1.57 bilion pada Rabu.
Waran pula susut kepada 458.35 juta unit bernilai RM100.7 juta berbanding 354.01 juta unit bernilai RM73.2 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 271.39 juta saham bernilai RM61.08 juta daripada 309.78 juta saham bernilai RM69.53 juta.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 138.18 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, manakala produk dan perkhidmatan industri (281.2 juta), pembinaan (96.9 juta), teknologi (121.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.17 juta), hartanah (77.98 juta), perladangan (15.03 juta), REITs (14.33 juta), dana tertutup (9,000), tenaga (333.24 juta), penjagaan kesihatan (19.85 juta), telekomunikasi dan media (20.05 juta), pengangkutan dan logistik (22.14 juta), dan utiliti (19.03 juta). – MalaysiaGazette