Pelakon dan pengarah filem One Two Jaga bersama ahli produksinya pada FFM30 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Filem One Two Jaga bukan sahaja terpilih sebagai filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) malam tadi.

Filem yang sama juga melahirkan pengarah terbaik iaitu Namron dan pelakon lelaki terbaik, Rosdeen Suboh.

Ia juga memenangi kategori Cerita Asal Terbaik, Poster Terbaik dan lakon layar terbaik dalam FFM30 malam tadi.

56232103_10217158799075471_5622258103387947008_n

Bagi pelakon wanita terbaik pula dinobatkan kepada Datin Seri Umie Aida dalam filem Dukun.

MGF30032019_Festival Filem Malaysia_23
Pelakon,Umie Aida merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Dukun pada Festival Filem Malaysia ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2019

Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM30:

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2).

MGF30032019_Festival Filem Malaysia_21
Pelakon, Hasnul Rahmat merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Polis Evo 2 pada Festival Filem Malaysia ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2019

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta).

Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang).

MGF30032019_Festival Filem Malaysia_18
Pengarah, Quek Shio Chuen merangkul Anugerah Pengarah Harapan menerusi filem Guang pada Festival Filem Malaysia ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2019

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei).

MGF30032019_Festival Filem Malaysia_19
Pelakon, Eng Wei Jie merangkul Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik menerusi filem Rise Of The Legend, Lee Chong Wei pada Festival Filem Malaysia ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2019

Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil).

MGF30032019_Festival Filem Malaysia_16
Pelakon, Jaya Gannason merangkul Anugerah Pelakon Wanita Harapan menerusi filem The Farm En Veettu Thottathil pada Festival Filem Malaysia ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2019

Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang).

MGF30032019_Festival Filem Malaysia_17
Pelakon, Kyochen merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Harapan menerusi filem Guang pada Festival Filem Malaysia ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 MAC 2019

Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd)

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Seniman AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) dengan kutipan RM37,797,423.00

Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)

Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun)

Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)

Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters)

Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker). – MalaysiaGazette