SHAH ALAM – Seseorang yang diserang akan  mengalami kecederaan antara 60 hingga 70 peratus pada bahagian.

Namun menurut Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Mohd Shah Mahmood, allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak mengalami kecederaan di mukanya termasuk tangan yang menunjukkan serangan dan mempertahankan diri.

Tambah beliau, penilaian berdasarkan kecederaan anggota bomba itu dikuatkan lagi berdasarkan dua kajian yang dibuat dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk kes-kes jenayah yang melibatkan kematian.

“Kajian lima tahun mendapati mangsa mengalami kecederaan serangan fizikal akan mengenai 60 hingga 70 peratus kepala, dada, abdomen.

“Berdasarkan kajian agak menyeluruh corak yang ditunjuk jika diserang secara fizikal akan ada kecederaan muka dalam kes Adib corak kecederaan yang dihadapi tidak selaras,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Selain itu katanya, ketiga-tiga kecederaan Adib bermula dengan calar di pinggang belakang, tujuh tulang rusuk belakang yang patah dan dada kanannya yang lebam secara maksima boleh berlaku hanya dalam 6 saat.

“Dengan itu pandaangan pasukan kami berdasarkan corak kecederaan fasa pertama leher, kedua belakang dan ketiga dada

Paling cepat tiga saat berlaku dan ambil kira maksima anggaran dua saat setiap fasa.

“Sesuai dengan selaras dalam tempoh waktu pendek,” katanya berdasarkan video yang pernah ditayangkan kepadanya beberapa hari lalu menunjukkan pergerakan mengundur trak Fire Rescue Tender (FRT) yang menghentam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast