Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter iaitu kepada RM2.70 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal, masing masing pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter untuk tempoh 11 Mei hingga 17 Mei, berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.45 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup
rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan untuk tempoh 11 Mei hingga 17 Mei ini adalah sebanyak RM103.76 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast