KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya, Elena Hani rupanya kuat sejak 20 tahun lalu.

Menerusi Instagramnya, Fahrin berkongsi kisah makan malam mereka pada zaman pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam.

Fahrin telah memuat naik sekeping gambar lama dia bersama isterinya itu ketika 20 tahun lalu sempena ulang tahun keempat perkahwinannya.

“Epik! 20 tahun lampau. Masa ni @elenaeleas poyo jual mahal. Dia tak tahu yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian. Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.

“Matriculation Dinner Night ITM Shah Alam dan kami menang anugerah Pakaian Terbaik Lelaki dan Wanita pada malam itu. Kami tidak berkawan, hanyalah teman satu batch pengajian. Jangan main-main, kain samping senteng uolz!” tulis Fahrin.

Tidak ketinggalan, Elena turut mengucapkan ucapan selamat hari lahir ke-40 buat suaminya itu menerusi Instagram miliknya.

“Selamat Hari Lahir ke-40 buat lelaki kacak yang berpakaian baju biru @fahrinahmad_fa. Saya sayang awak! Gambar ni diambil sewaktu majlis makan malam Fakulti Undang-undang 20 tahun lalu. Sayang, kenapa You ambil gambar dengan I masa ni? I tak kawan dengan You pun. Tak apa la dan selamat ulang tahun perkahwinan ke-4 buat kita!” tulis Elena.

Fahrin dan Elena sama-sama menuntut di dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam. Mereka berkahwin pada Mei 2015 dan menimang cahaya mata lelaki, Khalifa Fahrel pada Oktober 2016. – MalaysiaGazette