KUALA LUMPUR – Selepas seminggu melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki mengumumkan nama bayi lelaki mereka sebagai Mohamad Eidrees.

Pengumuman itu dibuat Hanif melalui laman Instagram miliknya hari ini.

Pasangan itu turut mengadakan majlis tahnik buat anak mereka itu semalam.

“Sebagaimana Sunnah Nabi saw, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik oleh ibu saya , ibu dan bapa mentua, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.

“Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulis Hanif.

Anzalna pula di Instagramnya menjelaskan nama anaknya itu dipilih bersempena tarikh kelahiran yang hampir dengan sambutan 1 Syawal.

“Cuba teka nama bayi bermula dengan Eid, sebab dia lahir dekat raya kan,” tulisnya.

Anzalna, 31, bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Mei lalu.

Dia dan Hanif, 30, berkahwin pada 21 Februari 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast