KUALA LUMPUR – Selepas pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di Instagram miliknya gara-gara dikhianati sahabat baik, kakaknya kini menambah kehangatan isu itu.
Semuanya bermula apabila Umie memuat naik lagi satu lagi status pagi tadi dan dikomen oleh Erma Fatima.
Menerusi ruangan komen itu, Erma membuat teguran umum agar apa yang berlaku kepada Umie dijadikan pengajaran.
Erma turut berpesan jika mahu hidup senang, carilah hasil dari titik peluh sendiri supaya hidup lebih berkat dan rahmat.
Bagaimanapun respons tersebut telah dianggap sebagai kebudak-budakan oleh netizen.
Ia mengundang rasa kurang senang Erma yang disokong oleh pengguna laman sosial lain.
Membalas komen itu, Erma menegaskan dia bukan bersikap kebudak-budakan namun tidak boleh berdiam lagi kerana perkara yang berlaku kepada Umie sudah berlarutan dua tahun.
“Dah mohon maaf tapi masih buat. Dibodoh-bodohkan adik saya. Masih tak nak mengaku. Bila kita kata nak keluarkan semua bukti baru nak menggelabah.
“Saya pun tak minat nak main game sosial media ni, tapi orang tu meminta….,” tulisnya.
Dalam komen awal Erma kepada Umie, dia turut menganggap pelakon Dukun itu memiliki ‘sahabat’ kelakar.
“Dah terang lagi nak bersuluh pulak cik Umie Aida. Sudah-sudahlah, Allah dah tunjuk segalanya…Kau dah nampakkan terang-terang yang mana sahabat, yang mana musibat.
“Apa sangatlah erti sebuah persahabatan untuk digadaikan demi kesenangan yang diimpikan. Kelakar kawan hang ni,” tulisnya. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/12/umie-aida-sindir-erra-fazira/