RIYADH – Tentera udara Arab Saudi memintas dron yang dilancarkan ke arah kawasan kediaman di Khamis Mushait oleh pemberontak Houthis hari ini.

Menurut stesen televisyen yang dikendalikan Houthi, sebelum ini kumpulan itu telah menyerang kedudukan tentera dan hangar pesawat di dua lapangan terbang berdekatan di barat daya Arab Saudi.

Perkara itu disahkan oleh Turki Al Maliki, jurucakap tentera gabungan yang dipimpin oleh Aarab Saudi yang terlibat dalam peperangan di Yaman.

Al Malki berkata, pemberontak Houthi sengaja mensasarkan penduduk awam dan kemudahan awam.

“Tiada sasaran mereka dicapai kerana dron itu dimusnahkan dan ditembak jatuh, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast