Song Hye Kyo dan Song Joong Ki pada majlis perkahwinan mereka dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Korea popular, Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil keputusan untuk bercerai selepas dua tahun berkahwin, lapor The Korean Herald.

Syarikat pengurusan mereka, Blossom Entertainment mengesahkan Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul semalam.

“Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita sedih ini kepada peminat yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi syarikat pengurusan.

Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka denga tenang.

Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016. – MalaysiaGazette