LONDON – Satu mayat yang dipercayai milik seorang lelaki yang bersembunyi di gear pendaratan pesawat Kenya Airways yang dalam penerbangan ke Lapangan Heathrow ditemui di sebuah taman di sini.

Pesawat itu terbang selama sembilan jam dari Nairobi.

Polis Metropolitan London berkata, mereka menerima panggilan ke sebuah kediaman di Clapham di selatan London selepas mayat itu ditemui.

Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti mangsa.

“Pada peringkat ini, polis percaya lelaki itu bersembunyi di pesawat dan telah jaruh daripada gear pendaratan pesawat Kenya Airways,” kata kenyataan polis.

Polis juga menemui sebuah beg, air dan makanan ditemui di bahagian pendaratan sebaik sahaja ia mendarat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast