Shkodran Mustafi
Shkodran Mustafi

LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan Gunners pada musim panas ini.

Pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan kemarahan Unai Emery yang hilang sabar dengan kesilapan yang dilakukan pemain tersebut.

Beberapa kesilapan yang dilakukan pada musim lalu juga menyababkan penyokong kelab berkenaan mahu pemain itu meninggalkan kelab Arsenal.

Berikutat spekulasi tersebut, pemain warga Jerman itu telah menukar gambar profil Instagram yang mana dia tidak memakai jersi Arsenal selain membuang biodata ‘Player for Arsenal’.

Baru-baru ini, wakil sukan BBC, David Ornstein mendedahkan Gunner cuba menjual Mustafi yang menyertai Arsenal pada 2016 dengan harga £35 juta. – Agensi