Arshad (empat dari kiri) bersama ahli Putra Pulau Pinang menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka awal pagi tadi.
Arshad (empat dari kiri) bersama ahli Putra Pulau Pinang menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Pulau Pinang menggesa polis menangkap segera seorang pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong kerana menghina Allah dan Nabi Muhammad.

Laporan dibuat ahli parti Putra, Arshad Kassim pada jam 1.29 pagi tadi di Balai Polis Jalan Patani, Timur Laut Georgetown, Pulau Pinang setelah menyedari satu posting dari akaun berkenaan viral di alam siber.

Menurut pengadu, beliau membuat laporan polis itu untuk meminta pasukan keselamatan segera memberkas pemilik akaun berkenaan kerana telah dengan sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam.

wendyloong
Pemilik akaun Facebook Wendy Loong yang dikatakan membuat naik posting menghina Nabi Muhammad.

“Pada jam 11.30 malam tadi, ketika berada di sebuah restoran di Jalan Macalister, saya terbaca satu artikel dalam Facebook Wendy Long menghina Nabi Muhammad.

“Dalam pautan itu, dia melakarkan gambar seekor babi yang dinamakan sebagai “Allah” sedang meliwat seorang lelaki Arab yang dinamakan ‘Muhammad’,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Arshad, beliau dan rakannya berasa tidak puas hati dengan status itu dan marah kerana bakal menimbulkan suasana ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam.

Sehubungan itu, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas ke atas penama Wendy Loong di bawah Akta 298A dan 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast