Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas akan terus memperkenalkan Islam sebagai agama yang memberikan keadilan untuk semua dan tiada paksaan beragama, serta menjaga keharmonian bermasyarakat majmuk di Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran membuat kenyataan bahawa imej “radikal” PAS yang didakwa oleh pengkritik-pengkritik parti itu adalah tidak benar.

Sebaliknya, kata Vigneswaran semasa konvensyen tahunan MIC semalam, Pas bukanlah parti yang menentang agama lain.

Tambah beliau, persepsi antara punca Pas dilabel sebagai radikal dan menolak agama selain Islam sedangkan parti Islam itu sendiri tidak pernah mendiskriminasi kaum dan agama lain di negara ini.

Malah, Pas tidak pernah menentang perlembagaan.

Susulan itu, Presiden Pas menzahirkan terima kasih kepada Vigneswaran atas pandangan yang sangat terbuka kepada Pas.

“PAS menghargai pandangan tersebut dan membuka pintu kerjasama yang lebih erat dengan MIC dan kalangan masyarakat majmuk,” kata Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya. – MalaysiaGazette

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/27/mic-akui-pas-bukan-parti-radikal/